BELAKON SKETSA JADI YAB DATUK PATINGGI TAN SRI HJ. ADENAN SATEM.


Kali keduak disuroh belakon sketsa jadi YANG BERHORMAT dalam majlis makan malam, orang-orang kenamaan. Pertama atas jemputan dan arahan Dato Idris Buang, dalam Majlis apa, lupak dah, di DUN lamak, berlakon jadi YANG BERHORMAT, lagu Nyanyian Andy Lala, Selamat Pagi yang berhormat.  Aku kenak melakonkan macam ni seorang YB mula bangun dari tidornya, mandik, minum pagi bekemas, turun kerja, lawat kawasan, pegi sia pegi sitok, coba dinampakkan lunkar langkernya sorang YB ya ngator nya pun, pakey nak muaskan ati rakyat, apa lagi di kawasannya pun.

Dari kerek, DOL BASIR (Bujang Helmi) KAMEK PUN (YAB Datuk Patinggi Tan Sri Adenan),
ditengah ya YB ABDULLAH SAIDOL, MAWAR SUHAILA (YGBHGIA Datin Patinggi Jamilah)
dan ujong kanan sekali HASSIM TAHOT (Pengarah / Tok Imam).

Malam tok tek, diberi pehormatan melakonkan watak  YAB KETUA MENTERI SARAWAK, DATUK PATINGGI TAN SRI HJ ADENAN SATEM, tentang sedikit sebanyak kesahnya duak Datin, dalam Majlis Makan Malam, bersempena Ulang tahun Hari Perkahwinan nya duak YBHGIA. DATIN PATINGGI HJH. JAMILAH yang ke 35 tahun, di Hotel Hilton, Kuching. Kali tok idea dan arahan, YB Abdullah Saidol. Rakan teman yang sama melakon juak watak lainnya, termasuklah adik Hassim Tahot, Dol Basir, Mawar Suhaila. Selain ya, Pengarah JKKNS En. Md. Sallehuddin, Marzuki ngan groupnya.TERIMA KASEH diatas kerjasama semua.

Foto kenangan bersama ngan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Adenan dan YB Abdullah Saidol,
serta rakan teman yang menjayakan persembahan pada malam tersebut.


Syukor Alhamdulillah, urang gik suka ngan kita, ngambik kita pakey melakonkan watak urang kenamaan, yang nya pun nanggar malam tadik. Cerita tentang nya pun, permulaan sidak duak bejumpa, betemu, sampey lah sidak duak ya jadi laki bini.




Jadi sempena ngan ulang tau perkahwinan nya duak yang ke 35 taun, ya lah YB Abdullah saidol, encari idea, supa ya aturcara majlis ya sik penoh dengan lagu ajak, mujik ajak, sekurangnya sketsa mcm tuk, ada juak kelainannya. Agik pun, sekurangnya ada juak dapat k nya duak ya nimbolkan nostalgik nya duak pun .

Sesi Latihan. Adik HASSIM TAHOT, KAMEK PUN, MAWAR SUHAILA dan DOL BASIR.



Atas kerjasama semua geng tek. Persembahan dijayakan dengan sempurna, lekak lekek juak sidak nanggar. Nya pun, pun gia juak. Bukan senang juak ada peluang nak melakon watak urang besar macam tuk.

0 Response to "BELAKON SKETSA JADI YAB DATUK PATINGGI TAN SRI HJ. ADENAN SATEM."